Sabtu, 6 Februari 2010


beza hibah dgn harta pusaka yang tidak dirancang

HIBAH

DEFINISI:-

1. Satu perjanjian persendirian di mana seorang penghibah, semasa hayatnya, menghadiahkan harta tertentu kepada seseorang penerima dengan redha.

2. Ia dijalankan melalui akad hibah dan berkuat kuasa sepenuhnya apabila berlaku kematian.

RUKUN-RUKUN HIBAH:-

* Memastikan keluarga tercinta dalam keadaan terjamin dan tidak mendeita.

* Mengelakkan perebutan harta di anatara adik-beradik yang dibimbangi membawa kepada kemusnahan institusi kekeluargaan.

* Memastikan pembahagian harta sama rata tanpa mengira anak lelaki @ anak perempuan.

Lelaki mati ditetak rebut pusaka


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditetak dengan parang selepas bergaduh dipercayai akibat perebutan harta pusaka di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, dekat Pontian, di sini, hari ini.

Tahir Zainal, 41, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Muzammil Hashim, ketika dihubungi berkata polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang di rumah pusaka arwah ibu mangsa, Tahir dan isterinya ke sana untuk menyelesaikan masalah harta pusaka bersama dua saudara terdekatnya.

"Tahir yang berang apabila pintu rumah itu berkunci bertindak mengambil kuku kambing dari keretanya untuk memecahkan pintu rumah dan apabila gagal dia mengambil kapak untuk cuba membuka pintu sambil memarahi dan mencabar saudara-saudara terdekatnya itu," katanya.

Beliau berkata, tindakan Tahir menyebabkan seorang saudara terdekatnya itu bertindak mengambil sebilah parang dan sebatang tajak kelapa sawit sebelum pergi ke arah Tahir yang ketika itu bergerak ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang.

"Apabila dia menghampiri Tahir, Tahir bertindak menyerang lelaki itu dengan kuku kambing menyebabkan lelaki terbabit menghayunkan parang menetak sebelah kiri badan Tahir," katanya.

Muzammil berkata, lelaki terbabit kemudian menghubungi polis dan ambulans.

- Bernama