Isnin, 2 Januari 2012

Kerjaya Insurance Agent, Sesuaikah Untuk Anda?

Memang tak dinafikan.. kerjaya sebagai seorang perunding kewangan ni kalau kena dengan cara dan pembawakkannya memang boleh menghasilkan pendapatan yang memuaskan dan lumayan. Isu berkaitan kewangan, pengurusan kewangan, instrument pelaburan, pengurusan harta dan sebagainya sememangnya mudah untuk menarik perhatian umum.
Bukan nak kata ianya popular sangat, tapi itulah hakikat. Rata-rata orang kita masih lagi teraba-raba dalam isu kewangan especially dalam bab pengurusan kewangan. Mana tak nya.. semakin hari semakin kompleks instrument kewangan yang diperkenalkan dipasaran.
Kalau tak pernah ada basic berkaitan kewangan, atau jarang membaca buku berkaitan dengan kewangan, mau botak kepala cuba memahamkan apa itu derivatives, option, bond, sukuk, mortgage, subprime mortgage dan lain-lain lagi.
Kenapalah ada benda-benda ni semua. Nama yang pelik-pelik dan agak susah pulak tu untuk difahamkan.
Lepas tu dalam konteks wealth protection pulak keluar dua istilah iaitu insurance dan takaful. Kata ulama.. insurance itu haram, manakala takaful itu halal. Walhal kegunaan dan praktis tak jauh beza. Terpulang pada anda selesa nak pilih yang mana asalkan anda tahu bahawa mencari yang halal itu adalah fardhu bagi setiap muslim.

untuk lebih detail klik link di atas