Khamis, 24 Jun 2010

ada yg masih tidak tahu


untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 sekalian, pihak MAA Takaful telah diberi kepercayaan bagi pemilik kad perubatan Smartmedic 100 di seluruh hospital swasta yang di iktiraf di Malaysia dan di luar negara. Antara yang terdapat di Malaysia seperti di sebelah atas:

Sila klik paparan di atas ini

bos MAA Takaful menang anugerah


utk pengetahuan semua disebabkan produk MAA Takaful sekarang yang tengah laris di pasaran, jadi bos MAA Takaful iaiitu En Salim Majid telah di anugerahkan manager terbaik....
Sekalung Tahniah....
Congrate....

Isnin, 12 April 2010

Contoh Tuntutan di MAA Takaful




Beberapa contoh tuntutan yang telah di selesaikan ini kebanyakan yang amik takaful hayat

Ahad, 11 April 2010

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH MAA TAKAFUL???

1. Milik Bumiputra dan rakyat Malaysia
MAA Takaful adalah milik penuh Melewar Group yang merupakan milik rakyat Malaysia.CEOnya adalah En. Muhamad Umar Swift dan Owne nya adalah Tunku Mohd Yaacob keturunan Raja di N.Sembilan.

2. Mempunyai Rangkaian Pejabat dan Rangkaian Perkhidmatan Yang Banyak
Di Kuala Lumpur=Head Office, Kepong, KLCC.-Di Selangor=Banting, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, IOI Mall, Subang Parade. Di Negeri Sembilan=Terminal One, Seremban, Seremban Parade. Melaka=Taman Melaka Raya. Johor= Batu Pahat, Kluang, Muar, Segamat, Johor Baharu. Perak= Ipoh, Sri Manjung, Taiping, Teluk Intan. Pulau Pinang = Butterworth, Nibong Tebal, Penang, USM Servicing Branch. Kedah = Alor Setar, Langkawi, Sg Petani. Perlis = Kangar. Di Pahang = Bentong, Kuantan, Mentakab. Di Terengganu = Kemaman, Kuala Terengganu. Di Kelantan = Kota Bharu Di Sarawak = Bintulu, Kuching, Limbang, Miri, Sarikei, Sibu. Di Sabah = Beaufort, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau.
Rangkaian yang banyak ini membantu consultan MAA Takaful membantu pelanggan mereka, selain itu juga kemudahan ini dapat memberi kemudahan kepada pelanggan MAA.

3. Mempunyai Mesin ATM
MAA menyediakan pelanggannya kemudahan pembayaran premium dengan menggunakan cek atau kad kredit di MAA ATM. jadi di sini pelanggan masih boleh berurusan 24jam sehari isnin hingga ahad. Anda perlu ingat ada sesetengah pelanggan yang mengalami masalah perhubungan dengan consultan dan akhirnya polisi mereka lupus. Ada yang memberi alasan 'agen dah mana pergi, jadi aku tak tahu macam mana nak urus". Jadi kemudahan ini adalah pernyelesaiannya, MAA ingin memastikan pelanggan MAA tidak rugi apabila mencarum dengan MAA.

4. Pelan Takaful Yang Kompetetif
MAA menyediakan pelan yang boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia kerana MAA adalah syarikat Takaful Malaysia yang bergabung dengan Solidarity dari Bahrain yang merupakan antara syarikat takaful terbesar di dunia. Dengan ini MAA tahu apa yang mampu dimiliki dan keperluan rakyat Malaysia. Kelebihan ini juga memberi kebebasan kepada MAA untuk membuat keputusan pelan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

5. MAA mempunyai Pelan Perlindungan untuk semua golongan bermula serendah RM 50.00 sahaja.

6. Mempunyai panel shariah professional ditambah dengan kepakaran Solidarity dari Bahrain

7. Produk yang ditawarkan mempunyai keistimewaan & kelebihan tersendiri berbanding syarikat yang lain dari segi pakej yang ditawarkan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Hubungilah saya di Agency saya di Creative Agency, Tingkat 8, Menara MAA Cawangan Seremban, Terminal 1.

atau call/ sms: 019-2661925 @ 017-848 2190

KONSEP TAKAFUL DI MAA TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang antaranya:

1. Dalil kerjasama : “Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

2. Dalil tanggungjawab : “Tidaklah kamu tergolong sebagai umatku selagi kamu tidak menyayangi sesama kamu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dalil saling melindungi : “Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.” (Riwayat Ahmad)

KONTRAK TAKAFUL

Kontrak Takaful adalah terhindar atau bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Takaful MAA menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

1. Kontrak Tabbaru’: dimana peserta bersetuju mendermakan sebahagian daripada sumbangan/ simpanan mengikut peratusan yang telah ditentukan kepada satu dana yang dikhaskan untuk membantu peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan/musibah.

2. Kontrak Al-Wakalah: dimana peserta membenarkan Takaful MAA untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.

Model MAA Takaful membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.

Ada pelbagai produk takaful di pasaran seperti Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Tekaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan sebagainya.

Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka

Secara umumnya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda paling perlukan iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)

Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya. Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.

Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh

Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada. Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan 100% tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.

Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal

Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya. Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.

Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri

Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit. Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan. Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.

Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.

Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital. Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga. Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.

“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?” kata pemegang kad takaful.

Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu? Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya? Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.

SENARAI PENYAKIT KRITIKAL / MERBAHAYA YANG DILINDUNGI

1. Penyakit Alzheimer / gangguan otak Degeneratif Organik yang tidak boleh sembuh
2. Anemia Aplastik
3. Meningetis Bakteria
4. Angioplasti Belon
5. Tumor Otak Beninga
6. buta
7. Pembedahan Otak
8. Kanser
9. Kardiomiopati
10. Penyakit Hati Kronik
11. Koma
12. Penyakit Paru-Paru Kronik
13. Pembedahan Pintasan Arteri Kronari
14. Ensefalitis
15. AIDS Dengan gejala Penuh
16. Hepatitis Virus Fulminan
17. Serangan Peyakit Jantung
18. Penggantian Injap Jantung
19. HIV disebabkan Pemindahan Darah
20. Kegagalan Buah Pinggang
21. Terapi Arteri Kronari
22. Pekak
23. Hilang Daya Pertuturan
24. Luka Terbakar Parah
25. Pemidahan Organ Utama
26. Penyakit Neuro Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Jangkitan HIV Akibat Pekerjaan
30. Lumpuh
31. Penyakit Parkinson
32. Poliomielitis
33. Hipertensi Arteri Pulmunori Utama
34. Strok
35. Pembedahan Aorta
36. Penyakit Terminal

Contoh bayaran Hospital




Ini lah antara contoh bayaran hosp swasta yang perlu dibayar

MENGAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL

Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata'ala selayaknya. Selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu 'anhum ajma'in. Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat muslimin-muslimat sekalian.

Assalamualaikum & salam sejahtera tuan/puan yang dirahmati Allah SWT. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk tuan/puan membaca blog saya ini tetapi saya yakin ilmu yang benar & bermanafaat wajib disampaikan untuk keharmonian bersama apatah lagi tanggungjawab kita sesama saudara seIslam.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Tuan/puan yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu ingin saya menerangkan konsep takaful dan kepentingannya agar pihak tuan/puan dapat menilai berdasarkan ilmu dan kefahaman serta membuat keputusan yang tepat untuk masa depan anda dan keluarga. Saya juga berharap mudahan terbit kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal kepentingan mengurus risiko kewangan. Kita agak ketinggalan dalam kesedaran terhadap kepentingan pengurusan risiko kewangan, atau dalam bahasa konvensional yang mudahnya berinsurans. Kita juga berusaha supaya ummat ISLAM beralih ke sistem mu'amalah Islami yang bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah. Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA BESAR iaitu RIBA' yang mana insyaALLAH akan mengeluarkan kita dari tergolong sebagai :-

1) ahli-neraka

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan "bahawa sesungguhnya berjual beli (berniaga) itu sama dengan riba". Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengabil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya. (al-Baqarah ayat 275),

2) berdosa & tiada barakah

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (al-Baqarah 276)

3) ancaman perang dari ALLAH & RasulNYA

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu, (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (al-Baqarah 279).

Mengenai keperluan takaful, amalan saling jamin-menjamin yang diamalkan dalam takaful menjadi teras sistem ini. Ia berasaskan seruan dalam Islam supaya bekerjasama, tolong menolong untuk kebaikan dan jalan ketakwaan serta saling jamin-menjamin khususnya dalam menghadapi bala dan musibah. Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan Takaful itu amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Isnin, 22 Mac 2010

Kad Perubatan Takaful Secara Islam

Marilah kita bersama-sama menjadi ahli kad perubatan Islam ini
ANDA DIBEBANI DENGAN BIL HOSPITAL SWASTA YANG TINGGI?
BIAR MAA TAKAFUL MEDICAL CARD SELESAIKANNYA...

MEDICAL CARD ADALAH SATU KEPERLUAN jadi pastikan ianya.....
1.PEMBAHARUAN TERJAMIN.
-Pihak Takaful atau Insurance akan memperbaharui polisi ini pada tahun berikutnya walau pun ada sejarah tuntutan yang tinggi selagi ia tidak melebihi had yang yang telah ditetapkan
2.PASTIKAN TIADA KO-TAKAFUL/CO-INSURANCE
-Majoriti Takaful / Insurer ADA KO-TAKAFUL/CO-INSURANCE. Biasanya 10% dari jumlah bil dan maksima Rm 3,000.Kenapa anda harus bazirkan wang ?Ada juga yang mengenakan caj minima Rm 300.00 walaupun bil yang dicaj oleh hospital hanya Rm 1,500.00.Maa Takaful Tiada Ko-Takaful/Co-Insurance 100 % di bayar

3.Tiada simpanan terkumpul.
-Jika agen mengatakan ada simpanan terkumpul, itu adalah BOHONG semata-mata.Sebenarnya ianya dicantumkan dengan polisi asas. Dan simpanan terkumpul itu adalah daripada polisi asas (Basic Polisi)

4.TEMPOH MENUNGGU
- Minta penerangan daripada konsultan anda

**Yang paling penting adalah hubungi Konsultan Yang Terlatih.

TESTIMONI 1
Kami akan selesaikan bil hospital anda !!!!
TESTIMONI 2
Kenapa harus bayar Rm 3961.48 ? Pesakit ini hanya membayar Rm 21.00.Inilah satu-satunya kad yang tiada KO TAKAFUL/CO INSURANCE.Pesakit hanya membayar jumlah yang kecil untuk pendaftaran.Jika ada Ko Takaful/Co Insurance , pesakit ini perlu membayar sebanyak 10% daripada caj hospital ia itu
Rm 396.00 kepada Insurer.
MANA SATU YANG ANDA PILIH? BAYAR Rm 21.00 atau Rm 396.00........
Kad Kesihatan (Medical Card) MAA Takaful MALAYSIA NO 1 MEDICAL CARD
Pilihan plan dari 1 hingga 4

PELUANG.HEBAT......JIKA ANDA SUDAH MEMILIKI KAD KESIHATAN LAIN ..ANDA BOLEH TAKE OVER KE MAA TAKAFUL .TIADA TEMPOH MENUNGGU DIKENAKAN. JIMATKAN WANG ANDA..DENGAN TIDAK MEMBAYAR KO-TAKAFUL / CO- INSURANCE

DI MAA TAKAFUL PILIHAN DITANGAN ANDA ...

Sabtu, 6 Mac 2010

SUDAHKAH ANDA?????

SUDAHKAH ANDA MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA ANDA ???


Pernahkah kita bertanya...Mengapa kita bekerja?
pasti untuk WANG.Wang untuk perbelanjaan isirumah, pendidikan anak2,rumah, hiburan dan bermacam2 lagi urusan.
Dalam kita berusaha gigih memberi kehidupan terbaik untuk keluarga kita pernah kita terfikir 4 musuh tersembunyi yang memusnahkan impian kita.

1. Meninggal Awal
2. Hilang Upaya Kekal
3. Penyakit Kritikal
4. Kehidupan Selepas Bersara

Apakah Perancangan anda? Sekiranya musuh ini menyerang,kepada siapa kita perlu bergantung????
-Saudara
-Adik Beradik
-Syarikat
-Kawan-kawan....

1Meninggal Awal

-Membeli Insuran BUKAN kerana seseorang akan meninggalkan kehidupan, Tetapi seseorang perlu meneruskan kehidupan..Adakah anda bersetuju?
Apakah persediaan anda jika...?

2 Hilang Upaya Kekal
-Apabila seseorang hilang upaya, pendapatan terhenti. TETAPI perbelanjaan terus berjalan. Apakah kos yang perlu ditanggung oleh anda jika anda hilang upaya kekal
Apakah persediaan anda jika...?

3 Penyakit Kritikal
-Penyakit kritikal menyerang tanpa mengira umur, jantina atau agama.Kos rawatan untuk penyakit kritikal terlalu tinggi kini.Adakah wang simpanan anda kini cukup untuk menampung perbelanjaan rawatan anda.
Apakah persediaan anda jika...?

4 Kehidupan Selepas Bersara
-Kadar inflasi yang tinggi telah memakan kadar dividen simpanan anda di dalam KWSP. Menurut kajian, seorang pesara hanya boleh untuk bersara selama 3 tahun sebelum mereka perlu untuk bekerja semula
Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan.
Apakah persediaan anda jika...?

Saya mempunyai cara yang mampu membantu anda bekerja dengan tenang.Saya mempunyai cara untuk anda menyediakan
-dana untuk keluarga anda apabila anda tiada
-kad debit untuk mendapat rawatan dihospital terbaik
-impian anak anda untuk mendapat pendidikan terbaik walaupun anda tiada lagi.

Apa yang perlu anda buat adalah SMS atau call saya: 019-266 1925 (kamal) atau 019-2661929 (nurul)

Sabtu, 6 Februari 2010


beza hibah dgn harta pusaka yang tidak dirancang

HIBAH

DEFINISI:-

1. Satu perjanjian persendirian di mana seorang penghibah, semasa hayatnya, menghadiahkan harta tertentu kepada seseorang penerima dengan redha.

2. Ia dijalankan melalui akad hibah dan berkuat kuasa sepenuhnya apabila berlaku kematian.

RUKUN-RUKUN HIBAH:-

* Memastikan keluarga tercinta dalam keadaan terjamin dan tidak mendeita.

* Mengelakkan perebutan harta di anatara adik-beradik yang dibimbangi membawa kepada kemusnahan institusi kekeluargaan.

* Memastikan pembahagian harta sama rata tanpa mengira anak lelaki @ anak perempuan.

Lelaki mati ditetak rebut pusaka


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditetak dengan parang selepas bergaduh dipercayai akibat perebutan harta pusaka di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, dekat Pontian, di sini, hari ini.

Tahir Zainal, 41, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Muzammil Hashim, ketika dihubungi berkata polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang di rumah pusaka arwah ibu mangsa, Tahir dan isterinya ke sana untuk menyelesaikan masalah harta pusaka bersama dua saudara terdekatnya.

"Tahir yang berang apabila pintu rumah itu berkunci bertindak mengambil kuku kambing dari keretanya untuk memecahkan pintu rumah dan apabila gagal dia mengambil kapak untuk cuba membuka pintu sambil memarahi dan mencabar saudara-saudara terdekatnya itu," katanya.

Beliau berkata, tindakan Tahir menyebabkan seorang saudara terdekatnya itu bertindak mengambil sebilah parang dan sebatang tajak kelapa sawit sebelum pergi ke arah Tahir yang ketika itu bergerak ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang.

"Apabila dia menghampiri Tahir, Tahir bertindak menyerang lelaki itu dengan kuku kambing menyebabkan lelaki terbabit menghayunkan parang menetak sebelah kiri badan Tahir," katanya.

Muzammil berkata, lelaki terbabit kemudian menghubungi polis dan ambulans.

- Bernama

Jumaat, 8 Januari 2010

Takaful MT-Edu - Pelan Simpanan Pendidikan Anak

Kos pendidikan meningkat saban tahun, bersediakah anda untuk menanganinya ?Jika Awal anda menyimpan untuk anak anda, maka jumlah simpanan dan dividen yang bakal anda perolehi makin banyak..Takaful MT-Edu menawarkan pelan simpanan beserta perlindungan yang komprehensif bagi anak anda.

Apa keistimewaan Takaful MT-Edu ?

1. Pelaburan di uruskan oleh CIMB Islamic
2. Dividen tahunan antara 7% - 10%
3. Pelepasan cukai pendapatan
4. Pembayaran zakat oleh MAA Takaful
5. Faedah Pembayar Istimewa - Simpanan PERCUMA sekiranya anda sebagai pembayar di timpa penyakit kritikal, meninggal dunia atau hilang upaya kekal
6. Faedah Elaun Hospital

Hubungi/sms saya untuk khidmat rundingcara percuma

Ahmad Kamal
Perunding MAA Takaful (T42937J)
H/P : 019-266 1925 (pengguna celcom), 019-2447882 (pengguna maxis)

Takaful Haji - Pelan Simpanan Ke Mekah

Sudahkah anda merancang dengan isteri / suami anda , bilakah anda berdua akan menunaikan Ibadat Haji iaitu salah satu rukun Islam yang ke lima. Kalau sudah di tetapkan tahunnya bila, bagaimana dengan belanjanya ? Adakah sudah mencukupi untuk membiayai segala perbelanjaan yang di perlukan ?Mungkin ada yang telah membuat potongan di Tabung Haji.

Kenapa anda perlu menabung di Takaful Haji ?..Sebelum itu, mungkin anda tertanya-tanya apa itu Takaful Haji..Takaful Haji satu pelan simpanan & perlindungan khusus untuk umat Islam di mana ianya menawarkan pelan yang lebih baik berbanding Tabung Haji.

Apa yang menarik dengan Takaful Haji ?

1. Pelaburan di uruskan oleh CIMB Islamic
2. Dividen tahunan antara 7% - 10%
3. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3,000.00
4. Pembayaran zakat oleh MAA Takaful
5. Simpanan PERCUMA sekiranya penyimpan di timpa penyakit kritikal
6. Khairat kematian - RM 7000 ( dalam masa 24 jam ) jika berlaku kematian kepada penyimpan
7. Upah Haji - jika berlaku kematian awal penyimpan
8. Perlindungan di Mekah sekiranya berlaku musibah semasa menunaikan Haji
9. Simpanan boleh di hibah / wasiat kepada orang tersayang tanpa ada halangan mahkamah

Khamis, 7 Januari 2010

Dana Al-Fallah

Konsep "Dana Al-Fallah" merupakan satu program yang direka khusus bagi memudahkan warganegara malaysia menyimpan atau menabung wang mereka bagi tujuan persaraan dan pendidikan anak-anak. Program ini adalah alternatif kepada skim simpanan wang pekerja (KWSP), skim pencen bagi kakitangan kerajaan dan skim simpanan pendidikan yang lain di mana para peserta boleh mempelbagaikan tabungan mereka di samping menikmati faedah serta manfaat yang kami tawarkan yang dipercayai dapat membantu kehidupan harian peserta. Program ini dibahagikan kepada dua mengikut kepentingan dan matlamat program iaitu 1)Hayyatan Toyyibah dan 2) Aljannah

salam pertama

Assalamualaikum salam perkenalan.........

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelawat yang sudi melayari laman sesawang ini. Saya juga berharap agar teman-teman terus mengikuti perkembangan laman ini tanpa rasa jemu kerana saya akan cuba berkongsi dengan teman-teman sebanyak mungkin ilmu berkenaan takaful yang ada pada saya. Saya bukanlah terlalu pakar berkenaan takaful, tetapi dengan ilmu yang sedikit inilah saya ingin berkongsi dengan teman-teman.