Ahad, 11 April 2010

MENGAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL

Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata'ala selayaknya. Selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu 'anhum ajma'in. Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat muslimin-muslimat sekalian.

Assalamualaikum & salam sejahtera tuan/puan yang dirahmati Allah SWT. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk tuan/puan membaca blog saya ini tetapi saya yakin ilmu yang benar & bermanafaat wajib disampaikan untuk keharmonian bersama apatah lagi tanggungjawab kita sesama saudara seIslam.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Tuan/puan yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu ingin saya menerangkan konsep takaful dan kepentingannya agar pihak tuan/puan dapat menilai berdasarkan ilmu dan kefahaman serta membuat keputusan yang tepat untuk masa depan anda dan keluarga. Saya juga berharap mudahan terbit kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal kepentingan mengurus risiko kewangan. Kita agak ketinggalan dalam kesedaran terhadap kepentingan pengurusan risiko kewangan, atau dalam bahasa konvensional yang mudahnya berinsurans. Kita juga berusaha supaya ummat ISLAM beralih ke sistem mu'amalah Islami yang bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah. Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA BESAR iaitu RIBA' yang mana insyaALLAH akan mengeluarkan kita dari tergolong sebagai :-

1) ahli-neraka

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan "bahawa sesungguhnya berjual beli (berniaga) itu sama dengan riba". Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengabil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya. (al-Baqarah ayat 275),

2) berdosa & tiada barakah

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (al-Baqarah 276)

3) ancaman perang dari ALLAH & RasulNYA

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu, (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (al-Baqarah 279).

Mengenai keperluan takaful, amalan saling jamin-menjamin yang diamalkan dalam takaful menjadi teras sistem ini. Ia berasaskan seruan dalam Islam supaya bekerjasama, tolong menolong untuk kebaikan dan jalan ketakwaan serta saling jamin-menjamin khususnya dalam menghadapi bala dan musibah. Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan Takaful itu amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan